
Demo at Bukit Jambul Complexs 2009



Sila ke laman karya untuk melihat dan memberi komentar terhadap sebahagian hasil tulisan saya. Saya masih lagi seorang penuntut dalam bidang ini bukannya guru atau profesional khat. Diharap mereka yang lebih mahir dapat memberi sedikit tunjuk ajar dan berkongsi maklumat dengan saya. Sekian, terima kasih =)
HASIL KARYA KANVAS UNTUK MANIFESTASI KHAT 2009

Hasil karya ini siap pada malam sebelum pertandingan bagi pepetah KARAM DI LAUT BOLEH DITIMBA, KARAM DI HATI BILAKAH SUDAH. Dalam kekalutan melukis menggunakan cat arkrilik,masa hantar, rupa-rupanya baru perasan tertinggal titik ya pada perkataan hati. Apapun, ini satu pengalamanan baru dalam melukis khat di atas kanvas. Saya terkejut juga semasa menghantar ke Muzium kerana terdapat lukisan khat yang lebih cantik dan menarik.
BARISAN PENULIS KHAT DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Duduk di dari kiri ialah Ustaz Zuhud, Us. Zawadi, Us. Zamri ( Penyelaras Pembangunan Pendidikan Khat di sekolah-sekolah Malaysia, Saya, Us. Nik Abd. Rahman manakala berdiri di sebelah Us. Zuhud ialah Ustaz Wahab. Yang lainnya adalah Fasilitator Khat peringkat negeri. Gambar dirakam pada tahun 2007 di Putra Palace, Perlis sempena Kursus Pemantapan Khat bagi Jurulatih Utama di negeri-negeri zon utara.
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB INI
Selamat Datang. Ahlan Wa Sahlan kepada anda kerana sudi melawati laman web yang tak seberapa ini.Laman ini mengajak anda bersama-sama berkongsi pandangan tentang perkembangan seni khat di Malaysia khususnya dimana seni ini perlu disemai dari masa ke semasa kerana nilai estetika yang berbeza daripada seni tampak yang lain. Seni Khat melambang abstrak yang menarik di samping jalan untuk berdakwah melalui keseniannya yang memukau sesiapa yang melihat sekalipun golongan non-muslim.
News
FESTIVAL KHAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.
19/10/2009 00:00———
LINK KE WEB & BLOG KHAT KAWAN2
USTAZ ZUHUD ULYA IBERAHIM
USTAZ ZUHUD2
USTAZ ANIS
USTAZ ABD. BAKI
USTAZ HALIAS ABU BAKAR
USTAZ ABDUL MU'TI
USTAZ ABD.WAHAB KHALID
USTAZ JALALUDDIN MISPAN
USTAZ FIRDAUS MAHDI
USTAZ SYAFIQ MOHAMMAD
USTAZ BUKHARI IBRAHIM
SALAM AL-KHATAT
UKHTIE INTAN
USTAZ FATHI
SPLART.NET
MEHMED OZCAY








